Result Sem Akhir

Hari nie 28/5/2013, iaitu hari selasa hari yang aku nanti-nantikan !!. Penantian itu memang satu penyiksaan, tapi setelah itu ia bertukar menjadi penyiksaan yang bergitu mengembirakan. Ohyeaahh!!. Pagi tadi punya la bangun awal semata-mata nak check result exam, punya la tunggu, tengok kat fb xde sorang pun yang post pasal result, ok fine!! maybe tak keluar lagi , lepas tu siap-siap la nak pegi pasar tani dengan kak sepupu .. sementara nak tunggu result kuar :)

Lepas tu dalam pukul 10 lebih, tunggu punya tunggu ada yang bagitau yang result dah boleh check, Ohyeah!!. Excited la aku nie.. Buka punya buka xboleh2 pun, banyak kali kot reload tapi still xboleh.. Time tu rasa macam dah give up :( , sedih sangat xboleh nak tengok result lagi, system down ! Ok fine!! bukan saja penantian satu penyiksaan, tapi link tu pun buat aku tersiksa . . -,-

Reload punya reload, naik kebas tangan aku nie, FINALLY !! Saat yang aku tunggu-tunggu.. Ya Allah, tanjat gegurl, betul ke result aku nie ?. First bila result dah boleh buka aku akan tengok dekat status dulu, lulus semua ke tak ? Alhamdulillah lulus semua :) , lepastu baru la aku tengok pointer. Alhamdulillah sekali lagi, Pointer aku memang tak di sangka2.. Penantian selama 3 tahun, 6 sem, akhirnya membuahkan hasil.. Last sem pulak tu, merasa jugak aku akhirnya !!. Tak sangka pulak dapat pointer macam tu. Alhamdulillah syukur Ya Allah :) .. 


(Sila klik untuk lihat lebih jelas )
Hehe, sory terpaksa hilangkan yang tak berkenaan, tengok pointer je k ? :D
Alhamdulillah dapat merasa AKJ sem nie :). Maka dengan ini, rasmilah aku tamat pengajiaan dan memperoleh segulung diploma, Alhamdulillah :)

10 orang budak kelas aku dapat AKJ.. Tahniah kawan2, rasa semua lulus kot, so boleh la kita konvo sesama, serius tak sabar, tapi lambat lagi, tahun depan ..huhu, nie satu lagi penantian..hehe.. Apa-apa pun tahniah kepada semua, to semua lecturer yang telah mengajar saya selama nie, terima kasih sangat-sangat, jasa Tuan/ Puan/Cik/Encik amat saya hargai, kepada family yang banyak mengokong, terima kasih sangat-sangat.. Tak lupa jugak kepada semua kawan-kawan especially kawan-kawan kelas, terima kasih sangat-sangat sebab banyak membantu aku..:)

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA :) 
SEKIAN !!

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Dahulu dan sekarang!

Dahulu dan sekarang ada bezanya, buka sedikit tapi banyak.. Dahulu aku seorang budak hingusan yang tak tahu apa-apa.. Dahulu aku seorang budak comot yang selalu di ejak, di cerca, di maki hamun.  Dahulu aku seorang budak yang tak tahu apa itu erti kehidupan.. Dahulu aku seorang budak yang berpakaian comot.. Dahulu aku seorang budak yang malas..Itu semua cerita dahulu..Kisah dahulu biarkan ia berlalu dengan tenang.. Jangan cuba di ungkit kembali.. Semoga kisah dahulu membawa sejuta pengalaman dan pengajaran buat aku..

Tapi sekarang aku sudah dewasa.. Aku bukan budak mentah lagi yang tak tahu hal dunia sekarang.. Aku bukan lagi budak hingusan yang tak tahu apa-apa.. Jangan samakan dahulu dan sekarang!!
Bagi aku dahulu adalah kisah silam yang penuh dengan cabaran dan dugaan.. Tapi bagi aku jugak semakin kita dewasa, semakin banyak dugaan yang datang. Kita cuma perlu tabah dan sabar untuk hadapi semua dugaan yang datang..

Jangan ingat kita sudah dewasa anda sudah bijak untuk menguruskan semua. Jangan ingat kita sudah dewasa anda tahu semua yang ada dekat dunia nie.  Sebenarnya kita masih mentah lagi tentang dunia nie..

Makin kita dewasa, makin ramai yang mencemburui kita, makin ramai yang cuba menjatuhkan kita. makin ramai yang dengki dengan apa yang kita ada. Makin ramai juga yang membenci kita. Itu fakta!! Kisah hidup zaman sekarang. Maklumlah dunia semakin nazak!! 


See, muka aku dahulu dan sekarang. Dahulu aku budak hingusan, sekarang aku sudah dewasa , Alhamdulillah :)

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dahulu mahupun sekarang. Aku bersyukur di lahirkan ke dunia ini. Tanpa ada cacat cela.. Terima kasih Ya Allah!  sekurang- kurangnya aku di beri peluang untuk menikmati hidup di dunia sementara ini. :)

Bagi aku takde apa pun yang sempurna kat dunia nie. kita semua still banyak kekurangannya, still banyak kelemahan. Belajarlah memperbaiki segala kekurangan yang ada. Biar jelik di mata orang, tapi indah di mata ALLAH S.W.T . Itu yang terbaik ! InsyaAllah ! :)

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Resipe Koktail berkuah

Dah lama rasanya niat dalam hati nak buat satu resipe nie..Tapi tak terbuat-buat..And Today, dapat buat jugak..Koktail berkuah :)
Actually tak habis banyak duit pun nak buat koktail nie, Aku habis RM20 je, Jimat kan ? :)


OTW nak pegi beli barang2 :)


Nie la bahan2 yang di perlukan.. :)
Susu segar, susu cair, jelly, nata de coco, koktail, tepung kastard, lycee ..
(Semua bahan ny campur sesedap rasa je, semua kena masak dulu k)

Tadaaaa, koktail dah siap!! :) nyummy :*

\
Enak dimakan begitu sahaja.....hahaha, okey laa, boleh cuba k.. :)

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Baby si gigi dua

Hari nie mak ayah ajak p kenduri dekat kuala kedah, sepupu la kot aku pun xpasti..hehe..lepas g kenduri mak ajak g rumah sepupu pulak, mana tak nyer, dah lama tak p..so masa free nie nak nak p melawat sanak saudara :)

Sampai je kat rumah sepupu, mak tanya, dekat dalam bekas tu ada apa?. tengok macam ada something bergerak2. warna hitam and pink, ada jugak warna campur2..hehe.. Lepas tu sepupu aku kata tu anak arnab  laa... Alahai, terkejut aku..Nampak macam anak tikus jee.. Kecik lagi baru 3 hari.. OMG!! OMG!! Aku yang excited terlebih..hehe.. Actually first time aku tengok anak arnab nie, before nie pun duk tengok bapak arnab je, tak sangka hari nie boleh tengok anak dia..so cute!! ada 7 ekor..Biasa la rumah aku tak bela arnab..hehe :D


Cuba kira ada berapa ekor ? :D


Aumm, agak geli tapi tahan je :D


Ini adek mak anak arnab tu, sepupu aku yang kata..mak dia tak dapat di kesan..hehe :)

Tertempek muka sendiri pulak!! Senyum sokmo :)


#Hari ini aku di gemparkan dengan berita yang sangat menyedihkan, tok aku masuk wad, Kawan2 doakan tok aku cepat sembuh k..Amin!! :)


♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Deman Gwiyomi -,-

Gwiyomi!! Gwiyomi!!

Bila dengar lagu ni buatkan aku seram sejuk, mulut mula mengeletar, tangan mula mengelabah, tak tahu kenapa..ada orang cakap aku deman, deman gwiyomi.. ada ke?. first time aku dengar nama penyakit tu..argghhh, abaikan je semua benda nie..

Penyakit nie dah mula berjangkit ke serata dunia, tak percaya?..Cuba tengok dekat sekeliling anda mesti ada.. Tak kira tua, muda, penyakit nie memang dah mula merebak..Finally, aku yang di jangkitinya....



Jangan terkejut, Actually penyakit nie tak berbahaya dan selamat untuk semua golongan..See, aku dah gila buat tangan macam tu, I like it!! :)

#Suka sangat dengan lagu gwiyomi n video gwiyomi, comel gitu.. ^_^


♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

MUET oh MUET

Semalam buka fesbuk, tengok ada member aku post kata result muet dah keluar.. Aku apa lagi, cepat-cepat tekan link tu. Kononnya tak sabar nak tengok result.. -,-

Untung line laju semalam sebab aku dah bayar broadband petang semalam, so result pun dengan pantasnya keluar.. OMG, OMG, OMG!!.. Oh Muet!!

Nak tau aku dapat band berapa? .. Sedih sebegitu sedih sekali..Aku bukannya pandai BI ny, result aku cukup-cukup makan je :(

See, begitu menyedihkan sekali, kalau sambung degree comfirm la kena ambik BI kan? :(
Nak tau kenapa result aku cmny?.Rahsianya adalah jangan study..haha..

Aku tak study langsung kot, ambil kelas pun tidak, pegang buka MUET pun tak..hehe..Bila dah exam terus jawab je..hehe.. :D

Apa-apa pun aku bersyukur dengan apa yang dapat ni, Alhamdulillah, Berkat tak study kan, kalau study ny maybe bole dapat tinggi lagi kot..huhu..

#Please jangan gelak tengok result aku ni.. Apa-apa pun terima kasih Ya Allah :)



♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Jom Mengundi

5/5/2013

Jom kita mengundi, jom kita mengundi, jom kita mengundi !!


 (Gambar sekadar hiasan)

Buatlah pilihan yang bijak, keputusan di tangan anda, undi anda adalah rahsia.. Yang menang tetap menang, yang kalah tetap kalah, semua itu dah tertulis, #INIKALILAH  ..hehe :D

#Aku tak cukup umur lagi nak mengundi, so malas nak pikir banyak, kbye :)

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Overnight with DTK B

Before balik hari tu kitorang pergi jalan2 dengan kawan-kawan, yelakan, last day dengan kawan2, mesti nak ada kenangan, Kitorang just lepak2 area kedah dan perlis je..yang duk jauh tu nanti mesti susah nak mai perlis/kedah dah, so kitorang suggest lepak area sini je, :)..



Nie last first tempat yang kitorang terjah dulu, main bowling dengan kawan2 memang best, satu kelas kot, dalam 20 orang lebih, .. Btw best sangat :)


Gambar tak clear, :D



Lepas main bowling kitorang terus pergi makan kat area alor setar jugak..Lepas tu terus balik perlis, lepak dekat kuala perlis, sembang2 sampai ke subuh,..


Kami sampai poli dalm pukul 8 lebih, lepas tu terus berkumpul dekat parking kereta student, time ny sedih sangat, daripada mengantuk sangat, terus tak mengantuk..Sedih sangat sebab dah nak berpisah.. :(

( Kawan-kawan, aku nak korang tahu yang korang la kawan yang paling best.. Tak sanggup sangat nak berpisah dengan korang, korang baik sangat.. Thanks kepada semua sebab sudi kawan dengan aku sepanjang 3 tahun ni, Mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan korang, halalkan makan minum aku, kot ada barang yang aku terambik tolong halalkan ..:Lepas ny mesti rindu nak sembang, bergelak tawa dengn korang, mesti rindu nak buat assignment last minit sama2, mesti rindu nak bergosip sama-sama, :( Apa-apa pun aku doakan korang berjaya dunia akhirat, Amin!!.. Aku harap korang tak lupa aku, :) ..Selamat tinggal kawan-kawa..I will miss you all  :) )


♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Bye PTSS

Tak sangka dah sem 6, dah umur 21 tahun, tapi aku rasa macam baru semalam je masuk poli..cepat kan masa berlalu..pejam celik, pejam celik, ehhhh, dah habis study..tak percaya :( 

Hari last dekat poli merupakan hari terakhir final exam untuk DTK..Cmos design will kill me, killer subject okey..malam before exam dah macam orang gila aku study, tapi dalam kepala aku still ingat nak balik rumah and then nak pergi berJIMBA dengan kengkawan..seriusly study tak masuk satu pun dalam kepala otak ni... 

Before jawab exam, kitorang geng perempuan pergi hantar fail dekat our PA..Alang-alang nak pergi jabatan so kitorang suggest nak bersalam-salaman la dengan lecrur yang pernah ajar kami..Rasa sebak sangat bila dah jumpa lecrur..Rasa tak sanggup nak berpisah.. :(


Nanti mesti rindu kat tempat ny, 3 tahun naik turun tangga dekat sini..:(


JKE the best :)



With my lecturer, miss farhana, I always miss u  cik ♥ 


Nie la kawan2 aku selama 3 tahun kat PTSS, Kawan ketika suka dan duka, Aku sayang hampa semua :)



Bye PTSS,  :) 

#Hope our result gempak, Amin!! :)

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
I LOVE BLOG CIK KYRAH