Resepi : Satay Ayam Dan Daging

Holaa blogger-blogger sekalian, tetiba malam ni terasa jari-jemari ni nak menaip pulak..Bukan dah lama tak menaip, boleh di katakan hampir tiap-tiap masa jari ni bermain di keyboard, tapi entah hari ni lain macam sikit jari ni..Okey ! Jariku mengada sikit malam nie ! muehehehe..

Hari ni nak kongsi resepi satay..Pernah buat satay sendiri ?.Biasanya ramai yang beli kat pasar malam je kan ?. Tak pun makan dekat restaurant..Today aku dengan mak aku buat satay sendiri..Dengan mengunakan daging korban dan ayam korban yang lebih-lebih tu, maka jadilah satay ayam daging homemade..muehehehe..Alahh, bahan-bahan nak buah satay homemade ni senang lahaiii..pejam mata pun boleh buat lahh..haha..okey !. Jom kita tengok bahan apa yang nak kena guna untuk perap satay..

Bahan perapan :
1/2 kilo ayam/daging (hiris kecil-kecil, potong bagi senang nak cucuk lidi) , minyak masak
Sedikit halia , Sedikit lengkuas , 2 sudu jintan manis , 1/2 cawan gula , sedikit garam , 3 batang serai , sedikit serbuk kunyit , sedikit bawang besar, merah, putih (letak main agak-agak je, ekot korang..hehe ) korang blender semua bahan tadi . Gaulkan semua dah perap semalaman..

Cara nak buat :
1. Potong ayam kecil-kecil, potong bagi senang nak cucuk dengan lidi nanti. Lepas tu masukkan garam dan serbuk kunyit secukup rasa, main agak-agak je, muehehehe..Pastu gaulkan..letak tepi dulu..

2. Pastu, masukkan halia, bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, jintan manis, serai tadi ke dalam blender, pastu masukkan bahan blender tadi ke dalam ayam/daging tadi..Gaul bagi rata dan perap semalam..

3. Dah perap just cucuk sahajaa, dan dah boleh bakar :) . Satu lagi jangan lupa sapukan sedikit minyak masak masam korang bakar satay tu okey :)





Taraaa, okey ! dah siap pun satay kita..Satay aku buat ni montok-montok sikit, biasa la kan, kita buat, kita yang makan, bukan nak jual pun, kasi montok sikit baju puas makan..muehehehe...Bahan-bahan sampingan , nasi impit, timun dan kuah kacang.Sedap baq hang !.haha..okey !.. Simple dan lazat !. Selamat mencubaa, :)



♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

I LOVE BLOG CIK KYRAH