Resepi : Satay Ayam Dan Daging

Holaa blogger-blogger sekalian, tetiba malam ni terasa jari-jemari ni nak menaip pulak..Bukan dah lama tak menaip, boleh di katakan hampir tiap-tiap masa jari ni bermain di keyboard, tapi entah hari ni lain macam sikit jari ni..Okey ! Jariku mengada sikit malam nie ! muehehehe..

Hari ni nak kongsi resepi satay..Pernah buat satay sendiri ?.Biasanya ramai yang beli kat pasar malam je kan ?. Tak pun makan dekat restaurant..Today aku dengan mak aku buat satay sendiri..Dengan mengunakan daging korban dan ayam korban yang lebih-lebih tu, maka jadilah satay ayam daging homemade..muehehehe..Alahh, bahan-bahan nak buah satay homemade ni senang lahaiii..pejam mata pun boleh buat lahh..haha..okey !. Jom kita tengok bahan apa yang nak kena guna untuk perap satay..

Bahan perapan :
1/2 kilo ayam/daging (hiris kecil-kecil, potong bagi senang nak cucuk lidi) , minyak masak
Sedikit halia , Sedikit lengkuas , 2 sudu jintan manis , 1/2 cawan gula , sedikit garam , 3 batang serai , sedikit serbuk kunyit , sedikit bawang besar, merah, putih (letak main agak-agak je, ekot korang..hehe ) korang blender semua bahan tadi . Gaulkan semua dah perap semalaman..

Cara nak buat :
1. Potong ayam kecil-kecil, potong bagi senang nak cucuk dengan lidi nanti. Lepas tu masukkan garam dan serbuk kunyit secukup rasa, main agak-agak je, muehehehe..Pastu gaulkan..letak tepi dulu..

2. Pastu, masukkan halia, bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, jintan manis, serai tadi ke dalam blender, pastu masukkan bahan blender tadi ke dalam ayam/daging tadi..Gaul bagi rata dan perap semalam..

3. Dah perap just cucuk sahajaa, dan dah boleh bakar :) . Satu lagi jangan lupa sapukan sedikit minyak masak masam korang bakar satay tu okey :)





Taraaa, okey ! dah siap pun satay kita..Satay aku buat ni montok-montok sikit, biasa la kan, kita buat, kita yang makan, bukan nak jual pun, kasi montok sikit baju puas makan..muehehehe...Bahan-bahan sampingan , nasi impit, timun dan kuah kacang.Sedap baq hang !.haha..okey !.. Simple dan lazat !. Selamat mencubaa, :)



♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Birthday Girl ke -21 !

Hai uollzzz , Alhamdulillah.. Kemarin , tanggal 1 OCTOBER 2013 maka genaplah umurku 21Tahun !..muda la okey uollzz :3 . Sweet 21 kot. muehehehe...

Happy birthday to me , Happy birthday to me , Happy birthday to me , Happy birthday to me ,Happy birthday to me ... ( Okey Nyanyi sikit )  hehehe

Alhamdulillah bersyukur sangat sebab masih lagi di beri peluang untuk menikmati hidup di dunia yang sementara ini, Terima Kasih Ya Allah ! :)

Thanks jugak pada kawan2 kat fb, twitter, instagram, mesej yang wish besday iollzzz, iollzzz terharu sangat okey :'( 
Tahun nie xdak celebrate apa pun, bajet xcukup yer uollzzz nak celebrate dengan kawan2 pun, iollzz pn tengah tanam anggur je kat rumah sekarang nie, adoii..haha..



Thanks yer kawan2 ..

Tak lupa jgk pada My Jantung Hati dunia akhirat. Thanks mummy wish besday walaupun xdak hadiah...Hadiah semua tu xpenting pun yang penting kasih sangat mak dan terima kasih sebab besarkan kak sampai besaq gedabak nie, hehe.. Sayang mak sangat !.. I LOVE YOU MAK !

OKEY la uolzzzz, iollzzz just nak share ny je, boring kan ?..nah tengok gmbaq iollzz sampai muntah k..mueehehehe :D




Kbye ! :)

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

(Resepi) Nutella Brownies !

Hai uollllzz, today aku nak kongsi dengan korang satu resepi yang sangat simple, mudah dan sedap . Nutella brownies versi kak ton !!, tudiaaa, nama gelaran aku bagi :D . Yang simple sangatnya apabila resepi nie just guna 3 bahan je ! What ?! 3 bahan ?!. Tak percayakah kak ton ? ..haha :D , Yes, 3 bahan je, before tu resepi nie kredit by CikEpal . Nie just sekadar perkongsian  untuk semua :)

Bahan-bahan :

1 biji telur
1/2 cawan nutella ( Aku main buh je, nak buh banyak pun xpe, ikut selera korang)
5 sudu besar tepung naik sendiri ( Kalau guna tepung gandum pun boleh )



Cara-cara nak buat : 



Mula-mula, masukkan telur dan nutella tadiu ke dalam mixer, kalau taknak guna mixer pun boleh, gaul guna garfu, tapi lagi senang kalau guna mixer sebab cepat sebati, masa pun jimat :) . Lepas tu masukkan 5 sudu besar tepung naik sendiri, gaulkan sampai sebati Macam kat bawah nie :)




Lepastu, masukkan adunan tadi ke dalam paper cup. Anggaran boleh dapat dalam 20 cup maybe lebih satu dua, hehe..Kalau nak buat banyak double bahan yang kita guna tadi :)


Lepastu, masukkan ke dalam oven suhu 180C selama  15 minit, tapi kena ikut oven jgk la, kalau oven aku 10 minit pun dah masak :) . Kalau nak tahu masak ke x, korang boleh guna garfu, cucuk cikit dekat nutella korang..hehe..lepastu siap !! :)




Lepastu korang boleh la hias2 ckit dekat nutella brownies korang, biar nampak cantik, dan sedap..Abaikan nutella aku yang kat atas tu, agak comot cikit tapi sedap baq hang..haha..1st time buat, biasalahh, janji sedap! ..haha..Kalau makan time2 panas lagi sedap kot, ranngup dekat atas, lembut di bawah..hehe :)..


Selamat mencuba korang, peace !! (Y) :)


♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Eid 2013 !

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih di beri peluang untuk merasai nikmat Aidilfitri untuk tahun nie :) 

Raya for this year aku biasa-biasa je, simple-mimple and macam biasa setiap tahun 1st day raya beraya kat rumah sendiri, tiap-tiap tahun macam tu  laa :3 . Actually 1st day raya aku tak berapa nak excited sangat sebab malam raya tu pun aku kerja lagi, letih sangat. balek kerja pun lewat, balek-balek terus tido xde nyer nak feeling raya..haha..However , bila tiba pagi 1 syawal tu agak la excited jgk..ahakkk :D

Macam biasa bangun pagi 1 syawal bersalam-salaman dengan mak ayah, adeq beradik yang lain..Tahun nie juadah hari raya biasa-biasa ja, yang penting cukup syarat ada ketupat, nasi impit and rendang daging . done!!. Biasanya tiap-tiap tahun ada jugak mak sediakan juadah yang lain, but this year semua pakat busy yang tu je sempat buat, kuih pun kuih tunjuk je, ahakk :D 


1st day raya, baju raya by LeeyanaRahmanCollection . :) aku suka baju ny sebab nampak simple and cantik, (bagi aku laa), ahakkk :D


Aku and My sista , and my adeq yang comot, haha :p 


Time nie dekat rumah toksu, sampai2 je org xde, diorang keluar beraya, :3


My Lovely Dress :') Simple but nice

Me and my younger sista :') , 1st time kot pakai bulu mata palsu, ada ala-ala Rozita che wan x ? ahakk :D

Raya ketiga pergi tengok maksu dengan baby boy , Mohd Amar Firdaus, new born !!. Alhamdulillah, comel Amar nie, geram tengok :D
Btw, di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN  buat semua yang mengenali aku, especially buat semua kawan-kawan, :')

Happy Eid 2013 !!

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Resipe Murtabak meggi untuk moreh ..

Pejam celik, pejam celik dah masuk 12 Ramadhan dah hari nie, means kita dah pun berpuasa semalam 12 hari, Alhamdulillah , bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita di beri peluang lagi untuk menikmati Ramadhan tahun nie :) 
For this entry, aku nak kongsi satu resipe dengan korang. Resipe nie aku rasa maybe ramai dah tahu, tapi aku still nak kongsi jgk , hehehe :D
Today, turn my family buat moreh surau dekat rumah, so we all suggest nak buat murtabak megi, actually nak cari sedikit kelainan for moreh kali nie..Before nie pun duk tengok org selalu buat mee goreng, kuew teaw n bihun, semua menu lebih kurang sama ja, so jadilah resipe muratabak meggi lazat berkrim si sukai ramai..ewaahhh :D
Actually sangat simple and easy nak buat muratabk meggi nie, bahan2 yang di perlukan adalah.. 

Bahan-bahan utama:
Meggi , telur , minyak masak
(Kuantiti ekot korang, kalau nak buat banyak, meggi dengan telur pun kena banyak la)

Bahan-bahan sampingan :
Daging lembu/ayam , lobak merah, daun bawang, cili , sedikit rempah kari ayam/daging, garam secukup rasa
(Kalau nak tambah bahan lagi pun boleh, ekot korang la )

Cara nak buat :
1. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk, Pastikan telur di pukul mangkuk lain dan baru masukkan ke dalam bahan tadi. 
2. Panaskan kuali dan api sederhana dan masukkan sedikit minyak.
Masukkan bahan tadi ikut saiz apa yang kita suka, macam goreng telur je. Siap!! :)

SELAMAT MENCUBA !!





Tadaaaa, nie murtabak meggi yang aku buat tadi :)

\
Siap dah tinggal nak bawak p surau je :)

Okey, selamat mencuba okey , baibai :)


♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Baju Raya :)

Hai uollzzzz, amacam 4 hari puasa, okey ke tidokk ?..Okey ..Alhamdulillah, iiiollzz pun okey jugak :3 ..Semenjak dua menjak ni ioollzz terRAJIN pulak nak menghapdate blog nie, walaupun iollzz tahu blog iollzz nie xbanyak yang mmbacanyaa, Sob, sob,,sedih :'(

Korang dah beli baju raya belum ?..hah, tu la motif aku buat entry nie, Dah dekat nak sambut Hari Lebaran nie mesti semua sibuk kan nak mencari baju raya, kasut raya, tudung raya, semua raya la kan..Btw aku dah beli pun baju raya, Tahun nie aku beli on9 je sebab busy dengan kerja, cuti pun sehari je, rasa tak sempat nak shopping kat luar, so aku beli on9 je :)

Actually susah jugak nak beli baju on9 nie (Bagi aku )sebab xsemua baju yang jual on9 ni menepati citarasa kita, kadang2 tengok dalam pic cantik, tapi bila beli xcantik pulak kan ?.. so kita kena pandai la cari shop on9 yang bajunya berkualiti :)

So, untuk raya tahun nie aku pilih baju yang simple saja, malas la nak cari baju yang over bagai, kadang2 beli baju yang over padahal pakai time raya je, time lain tak pakai dah, so beli baju simple senang boleh pakai banyak kali :) . Untuk tahun nie aku beli dekat  Leeyana Collection ..Baju kat sini semua cantik-cantik belaka, memang rambang mata kalau tengok..hehe.. Btw aku dah lama tengok baju kat situ, bila dah habis study n then kerja baju boleh beli.. Walaupun dia punya price agak mahal sikit tapi InsyaAllah aku yakin korang mesti puas hati..  cantik sangat :)


Baju raya aku dah sampai, Alhamdulillah..Letak pic beg dulu k, baju raya tunggu raya nanti aku tunjuk..hehe :)
Actually baju raya yang aku nak tu dah habis stock , so terpaksa la beli baju yang lain, btw memang cantik dan aku sangat berpuas hati, size pun okey :) ... Simple but nice :) ..Seriously tak sabar nak pakai raya nanti..hehe :)


Nah tempek gambar nie dulu, baibai :)

Thanks LeeyanaCollection :)

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Ramadhan Al-Mubarak 2013 :)

Alhamdulillah, dah masuk 1 Ramadhan hari nie..So, macam mana puasa korang hari nie ?..berjaya ke tidokk ?..hehe :D..Aku ?..Alhamdulillah berjaya..Al-maklumlah 1st puasa kan..macam bersemangat sikit, lepas nie xtaw la pulak macam mana kan, hope penuh la puasa kali nie ( tolak ABC) ..hee :D '
\
Tapi dalam seronok sambut 1 ramadhan pun ada cerita sedih jgk.. :( nak taw apa yang sedih ? ok, cerita bermula...... 
Sedih sangat bila 1st puasa tak boleh berbuka dengan family sebab kerjaa..sedih baq  hang :'( ..Buka puasa sorg2 pulak tu dalam keaadaan tergesa2.. Ist time kot macam ny.. Tapi nak buat macam mana kan dah kerja, terpaksa jgk laa..pape pun yang penting 2nd day esok boleh berbuka dengan family :).. Yang paling teruk 1st day puasa ni la aku selsama teruk..dok buat kerja sampai lap hinguihh..hahahaa..Dugaan kan sabar jelaa.. :)  Apa-apa pun semoga Ramadhan tahun ini memberi lebih makna buat kita semua.. Masa nie la nak kutip pahala banyak2.. InsyaAllah.. :)


SELAMAT MENYAMBUT BULAN  RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA UMAT ISLAM :)
#SalamRamadhan ikhlas dari saya :)



Tempek pic Raya tahun lepas..hee  :)
#BAIBAI :)


♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
I LOVE BLOG CIK KYRAH