Recipe : Puding Karamel #1

hye semua, pe khabar??..harap sihat la yer ..kyrah??.Alhamdulillah sihat walafiat...
ada kelainan cikit untuk entry kali nih..kyrah nak kongsi dengan korang tentang recipe..
actually kyrah nih suka memasak n suka mencuba pelbagai recipe,..hehe
untuk yg first nih kyrah ada buat puding karamel...1st time bwt kot..tapi Alhamdullillah jadi jugak..
rasa pn sedap la jgk..hehehe...jum kyrah tunjuk bahan2 n cara2 nak bwt...:)

Bahan untuk Karamel :
1 cawan gula
1 cawan air


Bahan untuk puding :
1 tin susu cair
3 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
5 sudu besar gula halus (bagi yang tak suka manis bley letak sedikit sahaja)

 Cara nak buat :

1.   Penyediaan karamel : Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masak sehingga perang. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
2.   Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan sehingga sebati, jangan bagi ada buih..
3.    Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanilla. panaskan tetapi jangan biarkan sampai mendidih.
4.    Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sedikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sampai sebati dan tunag ke dalam karemal tadi.
tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
5.    Bila dan masak, baiarkan selama 5 minit dulu baru boleh buka aluminium tu.
6.    Bila dan sejuk boleh di simpan dalam peti sejuk.dan juga boleh di hidangkan.. 








 SELAMAT MENCUBA  :)

♥Thanks sebab sudi baca entry ney, suka??..like jer..jangan lupa komen..:)♥

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
I LOVE BLOG CIK KYRAH